‘Projek Menang-Menang’ selepas kejutan Rashid
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff 
Kuala Lumpur: Mungkin disebabkan majoriti jurulatih keliru dengan struktur baru yang diperkenalkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekali lagi membuat rombakan dengan memperkenalkan pula projek yang diberi nama ‘Projek Menang-Menang’' untuk tempoh lima tahun. Tiada lagi Kumpulan A atau B yang diketuai bekas pakar beregu kebangsaan, Razif Sidek dan jurulatih kelahiran Indonesia, Hendrawan seperti diumumkan minggu lalu sebaliknya BAM melakukan perubahan dengan semua pemain diletakkan dalam satu kumpulan tetapi dibahagikan kepada setiap acara iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. 
Presiden baru BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang mengadakan sesi percambahan minda hampir enam jam dengan semua barisan jurulatih termasuk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), semalam berkata, projek berkenaan mampu memberikan kesan yang lebih positif dan mendapat persetujuan daripada semua jurulatih. 
“Kini hanya ada satu kumpulan pemain kebangsaan yang dibahagikan kepada setiap acara. Ini semua dibuat bagi menghasilkan satu pasukan juara memandangkan kita akan menghadapi empat kejohanan besar tahun depan iaitu Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar