Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang.
"Pihak taska sudah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya disahkan meninggal dunia," katanya.
Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar