Pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan fokus pemain tidak terganggu memandangkan ia perlawanan hidup mati skuad Harimau Malaya jika mahu meneruskan misi menghuni dua tangga teratas layak ke pusingan akhir di Australia.
“Ini kerana kami mahu menang ke atas Bahrain. Jadi penting untuk kami berkumpul bersama di satu lokasi yang sesuai untuk mencari fokus serta membina keyakinan dari segi mental dan fizikal.
Bukan permintaan Raja
“Saya tidak boleh beritahu di mana lokasinya tetapi ia bukan di Wisma FAM, Kelana Jaya seperti kebiasaannya. Ia di satu lokasi lain tetapi masih dalam negara,” kata Subahan ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Pengajar Program Akar Umbi Futuro III anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Hotel Hilton, pagi semalam.
Ditanya adakah tindakan itu adalah permintaan Rajagobal supaya sesi latihannya tidak diganggu pihak media, Subahan ringkas menjawab: “Bukan... cuma kami nak fokus menjelang perlawanan menentang Bahrain.”
Tambah Subahan, kem latihan pusat skuad kebangsaan akan bermula Selasa depan dengan disertai pemain yang pasukan mereka sudah terkeluar daripada suku akhir Piala Malaysia manakala selebihnya akan melapor diri pada 5 Oktober.
Skuad Harimau Malaya tewas 2-0 kepada Qatar pada aksi pertama di Doha, 6 Februari lalu sebelum menang 2-1 ke atas Yaman di Shah Alam, 22 Mac lalu untuk kini menghuni tangga ketiga Kumpulan D di belakang Bahrain dan Qatar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar