Selasa, 24 September 2013

100,000 pemilik kereta gagal bayar pinjaman

Bangkok: Program insentif untuk pembeli kereta kali pertama di Thailand memakan diri sendiri apabila lebih 100,000 pengguna yang berhutang gagal membayar balik pinjaman. 

Keadaan itu menyebabkan syarikat pengeluar global besar yang menguasai pasaran auto terbesar di Asia Tenggara bergelut mempertahankan margin mereka. 
Tanggung hutang AS$2.5b 


Bank Dunia menganggarkan Thailand terpaksa menanggung sebanyak AS$2.5 bilion akibat pengecualian cukai yang diberikan bagi memulihkan industri kereta di hab pembuatan kereta terbesar di rantau ini berikutan banjir buruk yang melanda negara itu pada 2011. 

Namun, ia lebih seperti program ‘wang tunai untuk clunkers’ AS pada 2009, iaitu insentif yang memporak perandakan pasaran dan mewujudkan ledakan permintaan runtuh sebaik pengecualian cukai tamat, pada Disember. 

Penyelidikan IHS Global Automotive menunjukkan 10 peratus daripada 1.2 juta rakyat Thailand yang menyertai skim insentif berkenaan sama ada mengubah fikiran atau gagal membayar ansuran bulanan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar