Usaha BlackBerry memperkenalkan model telefon yang dikuasakan sistem operasi baru gagal menarik pelanggan.
Toronto: Rancangan BlackBerry Ltd untuk keluar daripada segmen pengguna dengan kembali menumpukan kepada pelanggan perniagaan dan kerajaan dilihat pasaran sebagai langkah terdesak yang hanya mempercepatkan lagi kehancuran syarikat itu.Peralihan strategik dan penyusunan semula dramatik itu mencetuskan kebimbangan mengenai daya maju syarikat dalam jangka panjang. Ketidaktentuan itu mungkin menyebabkan semakin banyak rakan telekomunikasi dan pelanggan perniagaan meninggalkan terus platform itu.
Keyakinan menjunam
Penganalisis di GMP Securities, Deepak Kaushal, berkata persepsi adalah sembilan per sepuluh daripada realiti, justeru jika keyakinan terhadap platform itu terus menjunam, berapa banyak tunai pun yang syarikat itu ada tidak lagi menjadi soal.Pengeluar telefon pintar dari Kanada itu sebelum ini adalah peneraju perkhidmatan emel tanpa wayar, mengumumkan peralihan fokus syarikat serta rancangan memberhentikan 4,500 kakitangan serta jangkaan kerugian suku tahun semasa hampir AS$1 bilion.Kelmarin, Ketua Eksekutif BlackBerry, Thorsten Heins, berkata peralihan strategik kepada pelanggan enterpris itu sejajar dengan komitmen syarikat terhadap aspek keselamatan dan kebolehpercayaan.“Aspek keselamatan sangat penting kepada enterpris dan mereka tahu penyedia piawai emas dalam bidang ini ialah BlackBerry,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Hingga 30 Jun lalu, BlackBerry masih mempunyai sejumlah 72 juta pelanggan di seluruh dunia, turun sedikit daripada 76 juta pelanggan yang dicatatkan dalam tempoh tiga bulan sebelum itu.BlackBerry mula berdepan masalah sejak Apple memperkenalkan iPhone dan Samsung mengeluarkan siri Galaxy yang menggunakan sistem operasi Android dan mencuri pasaran peranti pintar yang sangat menguntungkan. BlackBerry cuba bangkit dengan memperkenalkan Z10 yang dikuasakan sistem operasi baru BlackBerry 10 supaya kalangan penggunanya sebelum ini seperti peguam, kakitangan bank dan ahli politik kembali kepadanya.Percaturan tak menjadi Bagaimanapun, percaturan itu tidak menjadi. Unjuran GMP menjangkakan lebih tiga juta unit peranti terkini BlackBerry 10 tidak laku.Kisah menimpa BlackBerry mengingatkan pasaran Nortel Networks Corp (Nortel), bekas syarikat besar yang terbabit dalam pengeluar peralatan telekomunikasi dari Kanada.Kedua-dua syarikat adalah antara syarikat terbesar di Bursa Saham Toronto. Tetapi selepas beberapa ketika, pendapatan Nortel menyusut, keuntungan merudum dan selepas beberapa kegagalan rancangan penyusunan semula, Nortel dipecah dan dijual secara berasingan.
Dili: Polis Timor Leste tidak lagi akan bertolak ansur dengan penduduk yang terus terbabit dalam seni mempertahankan diri selepas kerajaan mengharamkan semua kelab pencak silat. Pengharaman itu diumumkan selepas anggota kelab pencak silat terbabit dalam permusuhan hingga mencetuskan pertumpahan darah, kata pegawai semalam.
Sekurang-kurangnya 12 warga Timor Leste terbunuh dan lebih 200 cedera sejak dua tahun yang lalu kerana pergaduhan antara anggota kelab berbeza, kata Ketua Penyiasat Polis Nasional, Armando Monteiro.
Malah, pergaduhan membawa dua kematian berlaku di Indonesia, manakala kematian dan kecederaan lain berlaku di England dan Ireland. Beliau berkata, bilangan mangsa mungkin lebih tinggi kerana ramai takut untuk melaporkan aktiviti kelab atau mendapatkan rawatan di hospital. Tindakan tegas “Mana-mana ahli kelab seni mempertahankan diri yang melanggar perintah kerajaan akan menghadapi tindakan undang-undang. “Kami mengamalkan toleransi sifar untuk aktiviti seni mempertahankan diri di sini,” kata Monteiro. Sekolah dan kelab seni mempertahankan diri sudah lama tumbuh di Timor Leste dengan ramai pelajar menentang askar ketika penjajahan Indonesia. Mereka juga menjadi ahli sulit aktif dalam menyokong gerila dan ada yang memainkan peranan penting ke arah kemerdekaan pada 2002. Malangnya, pelajar seni mempertahankan diri saling bermusuh dan mula membunuh lawan seperti yang berlaku pada 2006 ketika krisis politik ganas melanda hingga berpuluh-puluh maut dan berpuluh-puluh ribu menjadi pelarian. Dalam banyak kampung dipulau itu, pelajar mula belajar pencak silat pada usia 13 tahun. Ia kini diharamkan bersama dengan karate, Kung-Fu, taekwondo dan judo. Perdana Menteri, Xanana Gusmao mengeluarkan resolusi mengharamkan kelab seni mempertahankan diri, dua bulan lalu.
Bangkok: Program insentif untuk pembeli kereta kali pertama di Thailand memakan diri sendiri apabila lebih 100,000 pengguna yang berhutang gagal membayar balik pinjaman. Keadaan itu menyebabkan syarikat pengeluar global besar yang menguasai pasaran auto terbesar di Asia Tenggara bergelut mempertahankan margin mereka.
Tanggung hutang AS$2.5b
Bank Dunia menganggarkan Thailand terpaksa menanggung sebanyak AS$2.5 bilion akibat pengecualian cukai yang diberikan bagi memulihkan industri kereta di hab pembuatan kereta terbesar di rantau ini berikutan banjir buruk yang melanda negara itu pada 2011. Namun, ia lebih seperti program ‘wang tunai untuk clunkers’ AS pada 2009, iaitu insentif yang memporak perandakan pasaran dan mewujudkan ledakan permintaan runtuh sebaik pengecualian cukai tamat, pada Disember. Penyelidikan IHS Global Automotive menunjukkan 10 peratus daripada 1.2 juta rakyat Thailand yang menyertai skim insentif berkenaan sama ada mengubah fikiran atau gagal membayar ansuran bulanan.
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff
Kuala Lumpur: Mungkin disebabkan majoriti jurulatih keliru dengan struktur baru yang diperkenalkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekali lagi membuat rombakan dengan memperkenalkan pula projek yang diberi nama ‘Projek Menang-Menang’' untuk tempoh lima tahun. Tiada lagi Kumpulan A atau B yang diketuai bekas pakar beregu kebangsaan, Razif Sidek dan jurulatih kelahiran Indonesia, Hendrawan seperti diumumkan minggu lalu sebaliknya BAM melakukan perubahan dengan semua pemain diletakkan dalam satu kumpulan tetapi dibahagikan kepada setiap acara iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran.
Presiden baru BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang mengadakan sesi percambahan minda hampir enam jam dengan semua barisan jurulatih termasuk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), semalam berkata, projek berkenaan mampu memberikan kesan yang lebih positif dan mendapat persetujuan daripada semua jurulatih.
“Kini hanya ada satu kumpulan pemain kebangsaan yang dibahagikan kepada setiap acara. Ini semua dibuat bagi menghasilkan satu pasukan juara memandangkan kita akan menghadapi empat kejohanan besar tahun depan iaitu Piala Thomas, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.
Jenazah Muhammad Suhaimi dituntut keluarganya di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, semalam. - Foto Mustaffa Kamal
Muadzam Shah: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.
Teruskan siasatan“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan. “Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.
Rajagobal akan membawa pemainnya ke lokasi rahsia untuk latihan terakhir sekembali dari China.
Petaling Jaya: Skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal melakukan kelainan apabila bakal berlatih di satu ‘lokasi rahsia’ menjelang perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Bahrain di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini. Pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan fokus pemain tidak terganggu memandangkan ia perlawanan hidup mati skuad Harimau Malaya jika mahu meneruskan misi menghuni dua tangga teratas layak ke pusingan akhir di Australia.
“Kami akan berlepas ke Shenzhen, China 6 Oktober ini untuk perlawanan persahabatan menentang UAE pada 9 Oktober. Sekembalinya ke tanah air pada keesokannya hingga menjelang perlawanan sebenar menentang Bahrain 15 Oktober yang juga jatuh pada Hari Raya Haji, kami akan adakan latihan secara tertutup.
“Ini kerana kami mahu menang ke atas Bahrain. Jadi penting untuk kami berkumpul bersama di satu lokasi yang sesuai untuk mencari fokus serta membina keyakinan dari segi mental dan fizikal. Bukan permintaan Raja “Saya tidak boleh beritahu di mana lokasinya tetapi ia bukan di Wisma FAM, Kelana Jaya seperti kebiasaannya. Ia di satu lokasi lain tetapi masih dalam negara,” kata Subahan ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Pengajar Program Akar Umbi Futuro III anjuran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Hotel Hilton, pagi semalam. Ditanya adakah tindakan itu adalah permintaan Rajagobal supaya sesi latihannya tidak diganggu pihak media, Subahan ringkas menjawab: “Bukan... cuma kami nak fokus menjelang perlawanan menentang Bahrain.” Tambah Subahan, kem latihan pusat skuad kebangsaan akan bermula Selasa depan dengan disertai pemain yang pasukan mereka sudah terkeluar daripada suku akhir Piala Malaysia manakala selebihnya akan melapor diri pada 5 Oktober. Skuad Harimau Malaya tewas 2-0 kepada Qatar pada aksi pertama di Doha, 6 Februari lalu sebelum menang 2-1 ke atas Yaman di Shah Alam, 22 Mac lalu untuk kini menghuni tangga ketiga Kumpulan D di belakang Bahrain dan Qatar.
PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang.
Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Pihak taska sudah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya disahkan meninggal dunia," katanya.Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan.